Monday 24 December 2012

DEMI SEBUAH PERUBAHAN, MAKA BERUBAHLAH BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI

Catatan ini membawa diri menghimbau peristiwa demi peristiwa yang menuntut agar diri berubah. Untuk menarik aura positif di sekeliling kita, maka kita sendiri harus terlebih dahulu menjadi positif. Payah untuk kita mengubah orang lain. Namun lebih payah untuk merubah diri sendiri. Tapi kuasa mengubah itu tetap berada di dalam tangan sendiri dan di dalam kawalan sendiri. Selagi mana tangan mampu diangkat selagi itu kuasa kawalan berada dalam genggaman.

Teringat dengan pesan seorang ustaz/blogger: menyabarkan diri untuk sabar. http://saifulislam.com/?p=185

Kita biasa melihat menggunakan mata kasar. Hasilnya kita nampak pokok, orang, bas dan alam. Kita terlupa untuk melihat menggunakan mata halus sebagai mendalami hakikat sesuatu. Mata kasar melihat pokok; tetapi mata halus melihat indahnya kejadian ciptaan Allah. Dari benih sekecil pasir boleh membesar menjadi sepohon pokok tempat teduhan beburung. Di sana buah2 yang masak ranum akhirnya menjadi santapan manusia. Begitu halnya dengan kejadian manusia. Setiap hari kita mungkin berjumpa dengan manusia yang berbagai ragam dan karenah. Tidak mungkin orang yang sama yang kita jumpa pada hari ini, sikap dan feel yang sama juga akan ditunjukkan kepada kita apabila berjumpa semula seminggu sebulan setahun akan datang. sikap itu boleh berubah2. sejauh mana manusia itu mampu mengawal sikap positif agar terus positif bergantung kepada kemampuan DeSiRenya sendiri. Fitrah manusia itu dilahirkan dengan sikap yang berbagai. Semulajadinya manusia itu ketawa apabila gembira, menangis apabila sedih, marah apabila kecewa. Namun sebenarnya kita mampu untuk mengawal semua aura -ve agar sentiasa menjadi +ve mengikut kehendak dan keinginan kita masing-masing. Selalu kita dengar 'I choose to be happy', 'I choose to be +ve' dan sebagainya. Namun sedarkah kita, sebenarnya kita hanya sekadar memujuk diri sendiri agar mengikut apa yang telah di set di minda kita. Percayalah, tanpa usaha yang mapan dan mantap segalanya hanya akan menjadi sia2 dan sekadar menjadi angan-angan si jenin. Setiap apa yang telah diset di minda, harus seiring dan sejalan dengan tindakan mengikut apa yang telah di set di minda. Apa yang difikir? Apa yang dicakap? Apa yang dirasakan? Apa yang dibuat? Semua harus selari!!

Kerana Satu...

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Blog ini diwujudkan demi satu tujuan. Berkongsi cerita agar mendapat manfaat dan keredhaanNya. Hari demi hari dilalui. Moga bertambah baik hari ini dari hari-hari semalam. Saya seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang kawan, rakan dan sahabat, seorang hamba Allah yang biasa-biasa. Seorang penjawat awam yang bercita-cita menyambung pendidikan ke peringkat seterusnya. Mencari sebuah keberkatan hidup. Andai ada penulisan dan perkongsian yang menyentuh peribadi sesiapapun jua secara sedar atau tidak, jari 10 disusun memohon maaf. Mohon berhikmah dan berhemah di dalam menegur saya. Salam ukhuwah..

~ nzyt_Md ~